Yesus berkata, “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”

 Selamat datang ke laman web Gereja para Rasul.

Kami menjemput anda untuk menyertai kami secara peribadi atau dalam talian (dalam Bahasa Inggeris) pada hari Ahad jam 10 pagi (14:00 UTC). Tatal ke bawah untuk maklumat lanjut.

Cameron Highlands.jpg

Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia

Cameron Highlands, Pahang, Malaysia (The Culture Trip)

Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada komuniti Fairfax selama lebih dari 50 tahun dan kami berasa amat teruja dengan lokasi baru gereja kita di 11717 Lee Highway. Kami ingin menyampaikan sepatah dua kata dalam bahasa anda.

Ini adalah waktu yang amat sukar dalam sejarah negara kita dan di seluruh dunia. Penyakit, peperangan, kegelisahan sosial, ketidakpastian politik dan ekonomi — semua ini boleh menyebabkan kita merasa takut, berputus asa, sendirian dan mencari jawapan. Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita percaya bahawa Tuhan mempunyai jawapan kerana Dia lebih besar daripada semua masalah yang kita hadapi. Tuhan berjanji bahawa jika kita berpaling dari dosa-dosa kita dan mengikuti-Nya, Dia akan mengampuni kita dan menyambut kita ke hadirat-Nya. Ini tidak bermaksud bahawa hidup akan menjadi mudah tetapi kita akan mendapat kesejahteraan yang melebihi pengertian kita. Ini bukan agama dan tidak terbatas pada budaya atau bangsa tertentu. Ini adalah hubungan dengan Bapa kita di syurga yang mengasihi kita.

Sekiranya anda ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut (dalam Bahasa Inggeris), hubungi kami di 703-591-1974 atau klik butang LEARN MORE atau LET’S CONNECT. Kami dengan senang hati akan berbual dengan anda.

Alkitab dalam Bahasa Melayu / Versi Borneo

Filem Yesus dalam Bahasa Melayu (dialek Melayu lain - klik di sini dan tatal ke bawah)